RAHSIA Herba Tradisional !!!

Blog ini diwujudkan untuk bertukar-tukar pendapat berkenaan dengan herba tempatan yang semakin mendapat sambutan daripada para penyelidik serta ahli sains barat. Ianya bertujuan untuk mengenengahkan hasilan herba kita untuk dikomersialkan ke pasaran antarabangsa sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri. Kepada yang berminat untuk memiliki herba samada secara benih,fresh,kering, ataupun ekstrak hubungi weblogger: pancasinar2u@yahoo.com Website pautan: http://www.freewebs.com/mysex2u

Sunday, September 17, 2006

Rahsia Herba: Aloe Vera [ Lidah Buaya ]

Lidah Buaya (17hb September, 2006)

Nama Tempatan: Lidah buaya

Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.

Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Famili: Liliaceae

Lokasi dijumpai: Seluruh dunia

Asal: Afrika Utara

Keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara.

Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.


Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

[ Untuk mendapatkan bekalan aloe vera, anda boleh hubungi weblogger melalui e-mail: pancasinar2u@yahoo.com ]

Sesiapa yang mempunyai artikel berkenaan apa sahaja tumbuhan herba boleh anda paarkan disini untuk bertukar-tukar idea.

6 Comments:

At 5:25 AM, Blogger myherba2u said...

Sesiapa yang ada alat sauna di rumah, bolehlah sapukan lendir lidah buaya ke muka lalu masuk ke dalam sauna selama 15 minit. Insya ALLAH kulit licin. Kedut tiada.

oleh: pancasinar2u@yahoo.com

 
At 5:27 AM, Blogger myherba2u said...

Sebagai makanan tambahan ia boleh dijadikan jus, sup (dicampur dengan bahan lain seperti ayam). Kulitya perlu dikupas dahulu dan isinya dipotong kiub , kulitnya perlu dibuang untuk mengurangkan rasa paht. Ada juga sesetengah orang yang makan isinya begitu sahaja bertujuan untuk meningkatkan fungsi jantung.

oleh: pancasinar2u@yahoo.com

 
At 5:29 AM, Blogger myherba2u said...

Bila anak saya terkena air panas,cepat cepat saya sapukan gel lidah buaya. Sangat berkesan !!!

 
At 8:49 PM, Blogger MLiz said...

Menarik! Segala info sangat berguna untuk kita semua. Teruskan usaha! :)

 
At 12:36 AM, Blogger myherba2u said...

Terima kasih mliz atas sokongan anda....
Semoga continously....

 
At 2:35 AM, Blogger sugarcane world said...

Nl bli bnh...wsp kt sy 0127173474

 

Post a Comment

<< Home